PUASA BENTENG DIRI TINGKATAN 2
PUASA BENTENG DIRI
Memandangkan bulan Ramadhan sudah
hampir tiba, jadi eloklah kita belajar mengenai Puasa, supaya pelajar dapat
mengamalkan ilmu yang dipelajari dan semoga Allah terima puasa kita dan semoga
kita mendapat kebaikan puasa secara optimum.
MAKSUD PUASA
Maksud puasa dari segi bahasa ialah menahan diri.
Dari segi istilah, puasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang
boleh membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari mengikut syarat yang tertentu
dan disertai dengan
niat puasa.
Sekiranya seseorang itu tidak makan dari terbit
fajar dan pada waktu zohor dia makan, puasa itu tidak sah kerana maksud puasa
ialah dia disyaratkan untuk tidak makan dan minum dari terbit fajar sehingga
terbenamnya matahari. Kerana makan dan minum merupakan perkara yang boleh
membatalkan puasa.
Untuk memahami maksud puasa dengan lebih baik,
kita perlulah mengetahui perkara apa yang oleh membatalkan puasa? Apakah yang
dimaksudkan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari? Apa syarat kalua nak
puasa? Macam mana nak niat puasa? Haa, jadi pelajar-pelajar perlulah tunggu dan
belajar satu persatu apa itu puasa yang sebenarnya..
HUKUM PUASA
Hukum puasa sebenarnya ada banyak, tapi sebagai
asasnya, kita akan belajar mengenai puasa di bulan Ramadhan. Puasa di bulan Ramadhan hukum dia
adalah wajib keatas setiap manusia yang beragama Islam. Wajib bermaksud melakukannya
mendapat pahala dan meninggalkannya mendapat dosa.
DALIL PUASA
Apa itu dalil ustazah? Haa dalil tu maksudnya,
sumber atau bukti Allah suruh kita buat sesuatu. Contohnya, ada ayat Al Quran
yang mana Allah suruh kita puasa. Kenapa kita kena tahu dalil ni? Nanti kalau
ada orang tanya, kenapa awak puasa? Jadi kitab oleh jawab, sebab Allah suruh,
buktinya ada dalam Al Quran dan Hadith.
Dalil Puasa daripada Al Quran :
Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang yang dahulu daripada kamu, supaya
kamu bertaqwa.
(Surah
al Baqarah ayat 183)
Dalil Puasa daripada Hadith :
Berpuasalah kamu kerana melihat (anak bulan
Ramadhan) dan berbukalah (berayalah ) kamu kerana melihat (anak bulan Syawal).
(Muttafaqun alaih)
Comments
Post a Comment