Posts

PUASA BENTENG DIRI TINGKATAN 2

Image
PUASA BENTENG DIRI Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba, jadi eloklah kita belajar mengenai Puasa, supaya pelajar dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dan semoga Allah terima puasa kita dan semoga kita mendapat kebaikan puasa secara optimum. MAKSUD PUASA Maksud puasa dari segi bahasa ialah menahan diri. Dari segi istilah, puasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa , bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari mengikut syarat yang tertentu dan disertai dengan niat puasa. Sekiranya seseorang itu tidak makan dari terbit fajar dan pada waktu zohor dia makan, puasa itu tidak sah kerana maksud puasa ialah dia disyaratkan untuk tidak makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Kerana makan dan minum merupakan perkara yang boleh membatalkan puasa. Untuk memahami maksud puasa dengan lebih baik, kita perlulah mengetahui perkara apa yang oleh membatalkan puasa? Apakah yang dimaksudkan ter...